Fakta tentang VCO (Malay)

Posted: 10 July, 2010 in Coconut Facts
Tags: , , , , ,

Fakta tentang minyak kelapa dara

Sejak tahun 1950-an, kajian menunjukkan minyak kelapa sangat berkhasiat dan digunakan secara meluas seluruh dunia. Namun, bermula pertengahan 1980-an minyak kelapa telah dilabel penyebab kepada penyakit arteri. Ini semua jasa Persatuan Kacang Soya Amerika Syarikat. Ini bukan sahaja terjadi kepada minyak kelapa tetapi minyak dari pokok palma lain terutamanya kelapa sawit. Mereka menekankan lemak tepu dari minyak kelapa dan kelapa sawit sebagai minyak yang tidak sihat. Sejak itu, industri makanan di Amerika Syarikat bertukar kepada minyak sayuran (kacang soya dan jagung). Kempen yang disokong oleh industri berbillion dolar ini memang bukan tandingan Malaysia dan pengeluar minyak kelapa lain pada masa itu. Walaupun tidak banyak bukti mengenai keburukan minyak kelapa tetapi tidak banyak kajian tentang kebaikan minyak kelapa dapat dipaparkan kerana sekatan yang dilakukan.

Struktur kimia

Untuk memahami minyak, kita mesti memahami struktur kimia minyak itu. Disini, saya akan cuba meringkaskan penerangan agar senang difahami. Bila kita menyebut tentang minyak, akan ada kaitannya dengan lemak. Tetapi kita sebenarnya merujuk kepada triglycerides. Untuk membezakan lemak dan minyak, lemak adalah triglycerides dalam bentuk pepejal dan minyak adalah triglycerides dalam bentuk cecair pada suhu bilik.

Triglycerides terdiri daripada beberapa asid lemak. Saintis telah mengkategorikan  lemak ini kepada tiga i.e saturated, monounsaturated dan polyunsaturated. Banyak lagi kategori dibawah tiga kategori utama ini. Tetapi apa yang penting ialah setiap lemak berfungsi berlainan dari yang lain dan memberi kesan yang berbeza. Setiap minyak mempunyai tiga jenis lemak ini, Cuma ada satu yang lebih dominant menyebabkan ia dikategorikan dalam kumpulan tertentu.

Contoh:

Minyak zaitun yang dikenali sebagai minyak yang sihat adalah lemak monounsaturated,mengandungi asid oleic. Minyak kacang soya adalah lemak polyunsaturated dan minyak kelapa adalah lemak saturated.

Kita tidak boleh menyatakan sesuatu lemak (saturated, monounsaturated dan polyunsaturated) sebagai ‘sihat’ dan ‘tidak sihat’ dari tiga kategori utama kerana ia bergantung kepada komposisi asid lemak yang membentuknya.

Saturated, monounsaturated dan polyunsaturated

Lemak terdiri daripada karbon dan hydrogen yang membentuk satu rantaian. Asid lemak yang mempunyai 2 atom hydrogen bersambung di setiap karbon ialah lemak saturated. Ia saturated kerana karbon telah memegang semaksimum mungkin bilangan hydrogen. Asid lemak yang kehilangan sepasang atom hydrogen adalah lemak monounsaturated dan yang kehilangan lebih daripada dua atom hydrogen adalah lemak polyunsaturated.


Bila sepasang hydrogen hilang, ini akan mewujudkan kelemahan pada gabungan karbon dan hydrogen asid lemak tersebut. Ini terdedah kepada serangan free radical yang oleh mengubah struktur kimia asid lemak tersebut. Oleh itu, asid lemak/lemak akan rosak dan bermutasi. Ini akan memberi kesan kepada kesihatan kita dalam jangka masa panjang.

Panjang rantaian karbon dalam asid lemak juga amat penting. Ini dikategorikan;

Long chain fatty acid (LCFA)                14-24 C

Medium chain fatty acid (MCFA)        8-12 C

Short chain fatty acid (SCFA)                 2-6 C

Bila lebih banyak asid lemak yang sama panjang rantaian karbon bergabung, ia akan dipanggil long-chain triglyceride(LCT), medium-chain triglyceride(MCT) dan short-chain triglyceride(SCT). SCFA amat sukar diperoleh dan jika ada ia hanya dalam kuantiti yang kecil. MCFA juga agak sukar didapati dan hanya terdapat dalam minyak dari pokok palma (kelapa dan kelapa sawit)

Tahap ketepuan lemak dan panjang rantaian karbon, menggambarkan sifat lemak itu dan kesannya keatas kesihatan badan kita. Semakin saturated lemak itu, semakin panjang rantaian karbon, semakin keras lemak itu dan semakin tinggi suhu leburnya. Semakin susah ia diproses oleh badan kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s