Archive for the ‘Coconut Technology’ Category

Hari ini, kita dapat melihat pencapaian dalam bidang Pertanian, Penternakan dan Perikanan di Malaysia. Tahun ini, kawasan dibahagi mengikut negeri dan kluster. Kita tidak terlibat secara langsung hari ini dan permintaan mendapatkan booth pun ditolak. Apa pun, gembira melihat kawan-kawan yang terlibat. Ada yang berhubung melalui facebook sahaja dan sekarang dapat berjumpa.

  1. Lama tak jumpa owner Kek lapis Station, Sibu. Puan Nazatusyima.

Kawan dari kalangan Peserta RBC pun hadir dan ada yang menang anugerah dan terlibat dalam aktiviti jualan.

2. CocoDamia Menang tempat ke-2. Pakar Coklat.

WP_20151128_17_45_49_Pro

3. Saudara Khairul Azhar dari Johor. Pakar dalam penanaman ubi kayu.

WP_20151128_19_10_00_Pro

4. Syarikat milik Saudara Muzairee pun hantar wakil untuk promosi produknya.

Antara perkara yang menarik minat kami ialah pemenang kategori produk minyak kelapa dara. Sebagai pengusaha minyak kelapa dara, kami nak tengok standard peringkat kebangsaan juga.

Mungkin sebab syarikat kita bergerak tanpa agensi bimbingan, produk kami tidak mendapat perhatian.

NIUfood-VCO-small Mungkin pada masa akan datang, kami pula terpilih?

Selain itu, beberapa gambar yang menarik minat kami,

 

Advertisements