PROFAIL

//

MUSTAMA Agro & Trading Co telah ditubuhkan pada Julai 2007 di Asajaya, Sarawak. Penubuhan ini bertujuan untuk mengendalikan pengeluaran, penuaian dan aktiviti pemborongan hasil pertanian tempatan. Pada Disember 2007, MUSTAMA Agro & Trading Co melibatkan diri dalam pemprosesan, pemasaran dan peruncitan dengan bertapak di sebuah kedai lot di Kota Samarahan, Sarawak.

Untuk permulaan,MUSTAMA Agro & Trading Co menumpukan pada penghasilan produk berasaskan kelapa. Sekarang kita telah berjaya menghasilkan

  1. Santan segar
  2. Kerisik
  3. Minyak Kelapa Dara
  4. Jeli Kelapa

Sejak penubuhan, setiap tahun MUSTAMA Agro & Trading Co berusaha memajukan syarikat dan meningkatkan kualiti produk dan kapasiti pengeluaran. Antaranya ialah

  1. Menambah mesin dan peralatan
  2. Menambah kadar pengeluaran
  3. Menghadiri kursus-kursus mengenai peningkatan kualiti