Posts Tagged ‘asajaya’

Image

 

Semalam kita memunggah kelapa dari supplier kita. Supplier ni satu-satunya yang membekalkan kelapa matag kepada kami. Keluasan kebun beliau tidaklah besar tetapi ‘yield’ kelapa matag sangat tinggi. Jumlah kelapa dalam setandan sangat banyak. Saiznya pun besar. Jadual dibawah menunjukkan perbezaan kelapa yang dikaji oleh kami;

Image

 

Ramai orang beranggapan, kelapa kecil rugi jika dibeli. Ia rugi jika dibeli pada harga yang sama kelapa besar. Jadi jadual di atas boleh menjadi panduan untuk meletak harga. Kiralah ikut nisbahnya.

Advertisements

Pada masa dahulu, kami mengalami kekurangan bahan mentah i.e kelapa. Sekarang bekalan kelapa pulih dengan pembekal baru yang reliable. Kami boleh menerima pesanan santan, kerisik, minyak kelapa dara dan jeli kelapa. Terima kasih.