Posts Tagged ‘coconut’

(Making Virgin Coconut Oil Soap)

Dalam pembuatan sabun, minyak kelapa dara menjadi salah satu bahan penting (walaupun kuantiti kecil ditunjukkan). 100% minyak kelapa dara adalah terbaik TETAPI tahukah anda minyak kelapa dara adalah antara minyak tumbuhan yang termahal? Ia ada fungsi di dalam resepi pembuatan sabun dan akan digabungkan dengan mana-mana minyak tumbuhan/lemak haiwan yang lain.

Advertisements

Lori 3

 

Gambar di atas apabila bekalan kelapa beberapa tahun dahulu. Sekarang, keadaan tidak macam dahulu. Bekalan kelapa berkurangan sejak bulan November 2012 sehingga sekarang. Urusniaga membekal ke kilang PKS, kami hentikan NOV dan DEC 2012. Sekarang, urusniaga membekal ke kedai runcit dikurangkan. Kami cuba memenuhi keperluan harian penduduk tempatan sahaja sekarang. Antara sebab kekurangan kelapa ialah;

1) Musim tengkujuh DEC dan JAN, menyebabkan pertumbuhan kelapa terencat.

2) Sikap pekebun yang tidak konsisten dalam membekal kelapa.

3) Banyak pokok kelapa telah ditebang.

Dalam meneruskan perniagaan ini, kami terfikir untuk mengimport kelapa dari Indonesia. Tidak logik bukan? Pokok kelapa banyak di Samarahan, tetapi terpaksa mengimport. Kami sudah penat berurusan dengan pembekal yang tidak konsisten.

estimated 14.5kg

estimated 14.5kg

Diharap, pelanggan yang membuat pertanyaan tentang membekal Minyak kelapa dara, dari Kuala Lumpur (1), Johor (1), Sarawak (2), secara pukal, ikutilah perkembangan semasa kami.

Terima Kasih.

1L VCO Bottles