Posts Tagged ‘kelapa’

(Making Virgin Coconut Oil Soap)

Dalam pembuatan sabun, minyak kelapa dara menjadi salah satu bahan penting (walaupun kuantiti kecil ditunjukkan). 100% minyak kelapa dara adalah terbaik TETAPI tahukah anda minyak kelapa dara adalah antara minyak tumbuhan yang termahal? Ia ada fungsi di dalam resepi pembuatan sabun dan akan digabungkan dengan mana-mana minyak tumbuhan/lemak haiwan yang lain.

Advertisements

ImageImageSelama ni kami guna seal kosong. Kami cuba seal bergambar macam ni. So far, ia menarik minat pelanggan.

Image

 

Semalam kita memunggah kelapa dari supplier kita. Supplier ni satu-satunya yang membekalkan kelapa matag kepada kami. Keluasan kebun beliau tidaklah besar tetapi ‘yield’ kelapa matag sangat tinggi. Jumlah kelapa dalam setandan sangat banyak. Saiznya pun besar. Jadual dibawah menunjukkan perbezaan kelapa yang dikaji oleh kami;

Image

 

Ramai orang beranggapan, kelapa kecil rugi jika dibeli. Ia rugi jika dibeli pada harga yang sama kelapa besar. Jadi jadual di atas boleh menjadi panduan untuk meletak harga. Kiralah ikut nisbahnya.

Pembuatan Kerisik

Posted: 29 January, 2014 in Uncategorized
Tags: , , , ,

Pembuatan Kerisik

Menggoreng dan mengisar.

Santan putih dan bersih.

Posted: 6 January, 2014 in Uncategorized
Tags: , , ,

Santan putih dan bersih.

Ramai pelanggan dan pesaing datang ke kedai bertanyakan rahsia santan kami putih dan bersih. Ada yang mengesyaki santan kami ada ‘bahan tambahan’ (kami sendiri pun tidak ada pengetahuan berkenaan itu). Rahsianya senang saja. Cuci kelapa bersih-bersih dan tapis santan 2 peringkat.

Pada masa dahulu, kami mengalami kekurangan bahan mentah i.e kelapa. Sekarang bekalan kelapa pulih dengan pembekal baru yang reliable. Kami boleh menerima pesanan santan, kerisik, minyak kelapa dara dan jeli kelapa. Terima kasih.

120ml x 50

120ml x 50

estimated 14.5kg

estimated 14.5kg

Minggu terakhir Ramadhan..

Posted: 23 August, 2011 in Uncategorized
Tags: , ,

alhamdulillah, mesin pengisar kerisik dah siap dibaiki dan mesin penggoreng kerisik yang baru (macam simen mixer)..dah pun sampai. Jadi kami rushing nak siapkan kerisik untuk customer yang order sebelum puasa lagi. Kebanyakannya kedai-kedai di kuching (3 buah). Pada masa sama kilang nak 15kg kerisik sehari.

Ini membuat kami sibuk semacam. Sekarang dah lega sikit. Ada yang dah dihantar. Kelapa pula tengah buat stok banyak-banyak.

Apa-apa pun Selamat Hari Raya…

#tak tahu bila nak shopping ni..