Under construction

Ini adalah bangunan pemprosesan kelapa kami.

Inilah yang diuruskan sehingga Tak Ada masa nak update blog. Dari Cari fund, buat plan, pihak berkuasa, Cari kontraktor, halangan cuaca, uruskan bisnes sekarang, dsb.

Stage 1 (Kerja tanah)

Tambak tapak

Piling, beam and floor.

Tiang-tiang Dan dinding luar.

Stage 2

Dinding-dinding dalam/bilik

Beam atas, frame dan atap.

Stage 3

Kemasan dinding dan siling

Tingkap Dan pintu

Electric and water

Lantai

Cat

.

.

.

.

Dsb.

Selamat Tahun Baru 2019

Maaf lama tak update blog. Bila aktif di Facebook dan Instagram, tak ada masa dah untuk blog.

Perniagaan macam biasa. Ada musim Naik/turunnya. Ada masa seronok, Ada Masa pening.

Perniagaan sekarang agak mencabar. Kena sentiasa peka dengan perubahan. Ada Masa Kita ingat semua berjalan lancar, tapi tiba-tiba kena tukar pelan.

Apa-apa pun, sekarang Kita Cuba siapkan kilang Kita.

Kita baru saja dapat pengisar kerisik baru setelah yang lama rosak. Yang lama tu dah 7/8 Tahun jugaklah guna.

Tahun ni Kita akan buat banyak perubahan. Revamp syarikat, rebranding, packaging baru, upgrade facility Dan Cuba pasaran baru.

Bekalan Kelapa February,2016

Assalamualaikum,

Pada bulan Januari-February tahun ini, Sarawak dilanda banjir. Ini disebabkan fenomena ‘King Tide’ bertembung dengan hujan lebat. Apabila air hujan tidak dapat mengalir ke sungai, air sungai pasang besar, berlakulah banjir.

Musibah ini menimpa pembekal-pembekal kelapa kami juga.

sarawak5

Di Sarawak, kalau banjir janganlah cuba bermain air. Terutamanya di kawasan yang betul-betul di tepi sungai.Ini kerana, populasi buaya yang semakin bertambah.

Inilah sebabnya pesanan produk-produk kami tidak dapat dipenuhi. Santan, kerisik dan minyak kelapa dara banyak yang tempah.

Kami memohon jutaan maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan. Kami juga amat hargai pelanggan-pelanggan yang setia dengan kami.

Minggu lepas, kami baru dapat bekalan kelapa dari tempat baru. Walaubagaimanapun, kami terpaksa memenuhi pesanan dari pelanggan-pelanggan dekat dahulu. Insya Allah minggu ini kami akan memulakan pemprosesan minyak kelapa dara. Apabila ada yang siap, kami akan hubungi sesiapa yang sudah menempah.

Terima kasih.

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2015, Kota Samarahan, Sarawak.

Hari ini, kita dapat melihat pencapaian dalam bidang Pertanian, Penternakan dan Perikanan di Malaysia. Tahun ini, kawasan dibahagi mengikut negeri dan kluster. Kita tidak terlibat secara langsung hari ini dan permintaan mendapatkan booth pun ditolak. Apa pun, gembira melihat kawan-kawan yang terlibat. Ada yang berhubung melalui facebook sahaja dan sekarang dapat berjumpa.

  1. Lama tak jumpa owner Kek lapis Station, Sibu. Puan Nazatusyima.

Kawan dari kalangan Peserta RBC pun hadir dan ada yang menang anugerah dan terlibat dalam aktiviti jualan.

2. CocoDamia Menang tempat ke-2. Pakar Coklat.

WP_20151128_17_45_49_Pro

3. Saudara Khairul Azhar dari Johor. Pakar dalam penanaman ubi kayu.

WP_20151128_19_10_00_Pro

4. Syarikat milik Saudara Muzairee pun hantar wakil untuk promosi produknya.

Antara perkara yang menarik minat kami ialah pemenang kategori produk minyak kelapa dara. Sebagai pengusaha minyak kelapa dara, kami nak tengok standard peringkat kebangsaan juga.

Mungkin sebab syarikat kita bergerak tanpa agensi bimbingan, produk kami tidak mendapat perhatian.

NIUfood-VCO-small Mungkin pada masa akan datang, kami pula terpilih?

Selain itu, beberapa gambar yang menarik minat kami,

 

Produk berasaskan Minyak Kelapa Dara

Sudah terlalu lama kami mengeluarkan minyak kelapa dara. Dari kaedah fermentasi, kami ke teknik centrifuge. Kualiti VCO menjadi lebih baik. Kadar pengeluaran pun bertambah. Cuma, apabila bertambah kapasiti, jangkaan permintaan tidak seperti kami jangkakan untuk kegunaan usahawan tempatan. Kami berharap lebih ramai pengusaha wujud membangunkan produk berasaskan minyak kelapa dara.

  1. Pembungkusan/penjenamaan semula.

Ini adalah cara biasa dilakukan pelanggan kami sekarang.

2. Pembuatan produk

Sebenarnya banyak produk boleh dibuat dari minyak kelapa dara dan mendapat permintaan yang tinggi. Bergantung kepada cara kita memasarkannya.

  • Sabun mandi
  • Shampu (bar/liquid)
  • Pomade.

Saya cadangkan 3 produk ini dahulu. Dibawah ni saya sertakan link blog dan youtube cara-cara membuatnya. Sungguh senang sebenarnya.

  1. Membuat sabun mandi

2. Membuat shampu (bar)

Caranya sama membuat sabun dia atas, cuma sukatan lye dan VCO diubah.

3. Pomade.

  • Stronghold

  • Cream

Pomade

      po·made
      pəˈmād,pəˈmäd/
noun a scented ointment applied to the hair or scalp.
Cubalah buat dan pasarkan dalam kuantiti kecil dahulu. Ubahkan formula asas dan jadikan beberapa versi.
Semoga artikel ini dapat memberi idea kepada anda untuk mengusahakan produk dari VCO.
[Kami ada pelan lain untuk membuat produk dari santan segar. Cuba untuk buat produk baru selain nasi lemak dan cendol]

Pembuatan Sabun Minyak Kelapa Dara

(Making Virgin Coconut Oil Soap)

Dalam pembuatan sabun, minyak kelapa dara menjadi salah satu bahan penting (walaupun kuantiti kecil ditunjukkan). 100% minyak kelapa dara adalah terbaik TETAPI tahukah anda minyak kelapa dara adalah antara minyak tumbuhan yang termahal? Ia ada fungsi di dalam resepi pembuatan sabun dan akan digabungkan dengan mana-mana minyak tumbuhan/lemak haiwan yang lain.

Aktiviti tahun ni

Setelah tempoh mencabar awal tahun 2015, dengan mesin rosak dan kekurangan bekalan kelapa, syarikat teruskan usaha untuk menaiktaraf syarikat dan produk.

Lawatan tapak KKLW

Syarikat mencuba memasuki Pertandingan RBC anjuran KKLW. Dari 560 permohonan, 70 dipilih untuk lawatan tapak. Kami cuba memperbaiki premis selepas Hari Raya AidilFitri. Satu minggu kedai tutup.

Tapak projek

Dari 70 orang lawatan tapak tu, 30 orang pergi ke final di Langkawi untuk presentation. Setelah penat travel dari Kuching ke Langkawi, sampai 8 malam dan terus cabut undi untuk presentation esoknya.

bola cabutan

Saya orang pertama buat presentation.

Presentation final

Ramai usahawan luar bandar yang saya temui. Semuanya hebat-hebat dan produk biasa menjadi luar biasa.

IMG-20150808-WA0008

IMG-20150813-WA0001

Jemputlah ke Karnival Usahawan Desa Putrajaya 2-6 September ni. Dimana saya adalah salah seorang pemenang Pertandingan RBC.

Minta maaf, Mesin Rosak (part 2)

Mesti pembaca hairan kenapa kami menulis tentang motor. Saya sering mendapat call bertanya tentang perniagaan santan. Baik dari segi mendapat benih, pembelian mesin, pemprosesan produk dan macam-macam. Memandangkan saya ada pengetahuan, lebih baik saya kongsikan. Maklumat ini mungkin ada yang tak perlu/berminat. Bagi yang berminat, gunakannya untuk kebaikan anda sendiri.

Apabila motor rosak (kebanyakan mesin pembuatan makanan mesti pakai), perkara biasa terjadi ialah ‘trip’ di suis.

WP_20150226_09_06_21_Pro-Edit

Check capacitor di motor tersebut. Motor kecil hanya ada 1 capacitor, besar (macam dalam gambar) ada 2. Saya sebenarnya tak perasan juga masalah ni asalnya, mujur adik saya Abdul Ghanny beritahu. Adik saya ni kontraktor/pembuat mesin/Technician/Pengimpal besi di Ampang, Selangor. Mesin VCO kami dialah buat, saya design je. Boleh contact dia nak renovate rumah ke apa..

Bila dibuka capacitor tu, macam ni lah rupanya.

WP_20150228_08_22_32_Pro WP_20150228_08_22_42_Pro

Bawahnya kembang. Tukar baru. Jangan heran kedai bagi capacitor lain rupanya. Asalkan spec nya sama dan jenis betul, ‘Motor Starting Capacitor’ ~RM25/satu.

Minta Maaf, mesin santan rosak.

Pada 20/2 mesin kami gagal berfungsi. Apabila nak on, kelihatan percikan api di suis. Punca utama ialah shaft tersekat di besi bawah. Ia terjadi kerana bearing di hujung telah pecah. Shaft yang sepatutnya tergantung, jatuh.

WP_20150223_12_50_27_Pro WP_20150223_12_50_43_Pro

WP_20150223_12_50_58_Pro  WP_20150223_13_01_20_Pro

WP_20150223_13_01_54_Pro

Untuk selarikan kiri dan kanan shaft, kami terpaksa gantikan gear yang baru. ‘Speed reducer’ 1:30 ini berharga RM300.Sebenarnya gear lama masih boleh dibaiki cuma mengambil masa.

WP_20150226_09_06_13_Pro

Tetapi ada masalah lain terjadi. Biasanya bila mesin berhenti mengejut, akan memberi kesan ke atas komponen elektrik. Terutamanya motor. Post terdahulu ada menceritakan bagaimana kami membaiki gear. Berbalik kepada motor, motor berpusing dengan aruhan magnet didorong oleh kuasa elektrik. Dan ia berpusing sehala. Bila berhenti mengejut, sedikit kuasa elektrik akan memberi kesan ke atas capacitor. Menyebabkan capacitor kembang/rosak.

WP_20150226_09_06_21_Pro

Bersambung………..